Monday, 14 October 2013

Inspirasi Pembangunan Usahawan

Blog merupakan salah satu medium yang digunakan untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada pembaca bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka dalam sesuatu perkara. Blog juga bukan sahaja menjadi tempat perkongsian hal-hal peribadi, malah ia boleh dijadikan sebagai medium yang berguna serta dapat dimanfaatkan dalam pelbagai cara terutamanya untuk berkongsi ilmu, membuka peluang untuk pembaca mencari inspirasi, serta menjadi salah satu tempat yang dapat dimanfaatkan untuk memulakan perniagaan secara atas talian.

Oleh itu, di sini saya sertakan beberapa artikel dan blog yang boleh dilawati oleh pembaca untuk mendapatkan inspirasi bagi membangun dan mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Blog 1:http://anysidayu.blogspot.com/2013/04/ciri-ciri-usahawan-berjaya.html  
blog ‘Panduan Bisnes Online & Khidamat Pelanggan’, dimana didalam blog ini terdapat pelbagai informasi serta artikel yang boleh dijadikan rujukan kepada usahawan untuk mencapai kejayaan dan membangunkan perniagaan mereka ketahap yang lebih tinggi. Antara perkongsiaan maklumat didalam blog ini adalah yang berkaitan dengan keusahawanan seperti ciri-ciri usahawan berjaya, tips menjadi usahawan berjaya, pemikiran usahawan internet dan sebagainya. Salah satu artikel yang saya pilih untuk dikongsikan dengan pembaca blog saya kelak adalah mengenai ciri-ciri usahawan berjaya. Bagi saya ciri-ciri usahawan ini adalah salah satu perkara penting / wajib yang harus dimiliki oleh setiap usahawan yang ingin mencapai kejayaan. Ciri-cirinya adalah seperti mempunyai matlamat,misi dan perjuangan hidup yang jelas, kreatif,inovatif dan berinisiatif, pandai merebut peluang dan sebagainya. Ciri-ciri ini harus dimiliki oleh setiap usahawan dan dapat membantu untuk pembangunan usahawan itu sendiri.

Blog 2 :http://ceritausahawan.blogspot.com/
adalah daripada blog ‘Kisah usahawan’ , dimana blog ini memuatkan pelbagai artikel yang berkaitan dengan kisah kejayaan usahawan-usahawan yang boleh dicontohi. Salah satu artikelnya adalah mengenai kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Di dalam artikel ini, disertakan pelbagai informasi tentang kejayaan usahawan ini bermula daripada biodata / latar belakang usahawan, kejayaan yang telah dicapai, sumbangan sosial sebagai usahawan, serta banyak diselitkan dengan mutiara kata ataupun falsafah usahawan itu sendiri yang dapat dijadikan motivasi serta inspirasi kepada usahawan muda dalam mencapai pembangunan usahawan yang cemerlang. Antara kata-kata beliau yang dapat dijadikan inspirasi dan mampu membantu usahawan untuk terus membangun mencapai kejayaan adalah, “saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal”.               
daripada blog ‘Portal Informasi Bahagian Keusahawanan Perhebat’ , dimana terdapat pelbagai perkongsian penting untuk rujukan usahawan-usahawan, seperti tips perniagaan, tips kewangan, laman bisnes,panduan permohonan nama perniagaan dan sebagainya. Daripada artikel mengenai tips perniagaan, dapat saya simpulkan bahawa tips perniagaan ini penting untuk mereka yang memiliki perniagaan sendiri atau merancang untuk memulakan perniagaan. 9 / 10 rezeki datangnya daripada perniagaan dan 74% jutawan hasilnya adalah daripada perniagaan. Antara tips perniagaan yang dapat dijadikan panduan serta membantu pembangunan usahawan diluar sana adalah dengan mengkaji pasaran sebelum memulakan perniagaan, tentukan berapa peratus keuntungan yang disasarkan, kenalpasti pembekal barangan dan sebagainya.

 

No comments:

Post a Comment